It's all about me...my lover...my family... - - Fotopages.com
.::naK kenA BeLi TeLeKunG ke KaLau dah CamnI GhupeRnyer!! ::.
Qistina : 'Ibuuu.... Tina nak semayang mcm ibu pakai tuuu'
Ibu         : 'Yelah..yelah...nanti ibu belikan telekung untuk Tina ye....'
Qistina : 'Ibu tolong la pakaikan kain niiii'....
Ibu         : 'Haaaaaa...nanti jap... ibu buatkan telekung spesel utk Qistina ek... jap tau hihihihihi  LOL LOL    '
Pastu baru lah aku teringat masa kecik-kecik dulu aku pun penah dipakaikan 'telekung' dari kain batik yang mama ikat kat kepala aku buat
macam telekung betul-betul punya tu....hik hik hik... LOL  LOL  :-D
Dengan tak semena-mena telah aku praktik kan kat si kenit sorang ni... pastu apa lagi...mengekek-ngekek la dia gelak sebab dia rasa dia
kelakar kot pakai camtu hahahahahahha  LOL  LOL
Pueh hati aku.... takde la dia kacau ibu dia buat keja lagi.... sebab sibuk dok tonggeng-tonggeng badan ala-ala org bersolat....tak cukup kat lantai, kat atas katil lak dia bantai 'sembahyang' lagi hihihihihihi.... LOL  LOL
.:: Finance Dept. Family Day @ BNM Resort P. Dickson ::.
Alhamdulillah dapat sampai sana dalam masa sejam aje.  Yelah kitorang pun dari Kajang, so leh straight away masuk highway.  Sampai-sampai aje, isi perut dulu...bekfast nasik lemak.  Ada macam-macam gak menu pagi tu, kuih koci, egg sandwich, nugget, karipap, teh tarik & etc.  Lepas mencekik, sumer kena kerah gi padang sebab ada acara perasmian dan sukaneka pun dimulakan.  Memula tu cuaca macam ok aje..takde ciri-ciri nak ujan pun....tak lama pastu dah makin mendung...& start la ujan turun mencurah-curah...habislah pakat berlari berteduh bawah bangunan.  Tu pun jangan harap kami nak dok diam...main gak game kat bawah bangunan hehehe LOL. Lepas hujan reda, sambung balik main kat luar....hahaha LOL memang semangat waja nih....jangankan bebudak, mak bapak budak pun sama naik...
Sementara tu ada jugak sesi cabutan bertuah...aku ni punyalah tunggu bagai nak rak...ada ke tak habuan aku nih.... Dah rezeki la katakan, aku punya nombor naik second last sebelum cabutan tamat.  Dapatlah aku sepasang jam tangan utk lelaki dan perempuan... mulanya masa aku gi amik hadiah tu, aku tercakap ' erkk..keciknya kotak.. LOL ' tapi tak sangka lak dalam kecik-kecik tu, tulah yang paling bernilai isinya hahahhahahha LOL  LOL sampai ada yang nak tukar ngan aku kuali diorang (yg dorang dapat gak masa cabutan bertuah)....hahahaha LOL tak dapek la aku nak tunaikan permintaan dorang tu ahaks ;-)
Belah petang ada acara makan buah.  Memacam ada, durian, langsat, mata kucing, rambutan dan etc untuk kitorang semua balun lepas lunch tengahari tu.  Lepas selesai majlis, barulah kitorang check in bilik, tidur jap pastu pukul 5.00 pm, terjun kolam untuk berendam.... apa lagi...sonoklah budak kecik sorang tu...sampai kecut-kecut kesejukkan pun still tak mor gak keluar dari kolam... sabor jelah makcik! :-D
Pastu dalam pukul 6.45 pm, kitorang sesiap gi Selesa Beach Resort, sesaja gi lepak sana sambil amik gambor.  Kengkonon nak tengok sunset..tapi tak sempat pun, dah tenggelam dah pun....  :-S
At last, gi pasar malam kat PD yang penuh ngan memacam makanan, sampaikan tak reti nak buat pilihan.  Tapau bawak balik...makan la sambil nengok tv.  Nak makan kat luar mcm tak best, sbb sana sini penuh ngan umat manusia.
Esoknya tu belah pagi dalam pukul 9.30 am gi mandi lagi sekali kat kolam, angkut anak dara kecik tu, berendam sampai pukul 11.00 am, pastu check out pukul 12.30 tengahari.  Sampai rumah pukul 1.30 tengahari.  Habis citer.... :-> SEKIAN
http://www.picoodle.com/view.php?img=/4/7/14/f_DSC00784icom_1d77602.jpg&srv=img33()
http://www.picoodle.com/view.php?img=/4/7/14/f_IMG1011m_4f7107c.jpg&srv=img33()
http://www.picoodle.com/view.php?img=/4/7/14/f_DSC00788m_1b703d9.jpg&srv=img33()
http://www.picoodle.com/view.php?img=/4/7/14/f_DSC00791icom_3717d97.jpg&srv=img33()
http://www.picoodle.com/view.php?img=/4/7/14/f_DSC02571m_d3cd8cc.jpg&srv=img33()
http://www.picoodle.com/view.php?img=/4/7/14/f_DSC02551icom_0a42378.jpg&srv=img33()
http://www.picoodle.com/view.php?img=/4/7/14/f_DSC02563m_00f05cc.jpg&srv=img33()
http://www.picoodle.com/view.php?img=/4/7/14/f_DSC02562m_ede3b2f.jpg&srv=img33()
http://www.picoodle.com/view.php?img=/4/7/14/f_pd5m_bbf3ae8.jpg&srv=img33()http://www.picoodle.com/view.php?img=/4/7/14/f_pd6m_282d433.jpg&srv=img33()
http://www.picoodle.com/view.php?img=/4/7/14/f_pd4m_fd7b05a.jpg&srv=img33() http://www.picoodle.com/view.php?img=/4/7/14/f_pd7m_177f216.jpg&srv=img33()
http://www.picoodle.com/view.php?img=/4/7/14/f_DSC00763m_f399476.jpg&srv=img33()
.:: Gi Kenduri Kahwin @ Shah Alam ::.
05 June 2008, Sabtu - Kitorang gi seksyen 10 Shah Alam menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku, Rahmat dan isterinya (terlupa lak nama).  Sepupu aku ni kiranya anak abang bapak aku yang bongsu.  Diorang ni adik beradik semuanya lelaki 8 orang.  Dalam ramai-ramai tu hanya sorang yang belum kawin, iaitu Abang kepada pengantin ni ha.  Pas ni la kot giliran dia pulak :) aminnnnn.....
Tengahari tu, dalam pukul 1.00 pm, kitorang bertiga gi rumah papa & mama, berkumpul kat sana sebab plan memang nak berkonvoi sekali.  Itupun bawak 2 keta aje.  Kitorang tumpang keta adik aku yang kedua tu.... papa & mama pulak naik keta sekali ngan adik aku yang ketiga.  Adik bongsu aku, tak ikut pun sebab dia gi motivasi.  Dah nak SPM tahun ni, so memang ler busy sokmo la dia ngan sepupu dia tu.  Ngan keja kursus diorang la, ngan kelas tambahan laaa...letih menengok ke'busy'an dorang berdua tu.
Ok berbalik pada citer tadi, disebabkan jalan jem sket, sampai Shah Alam pun dah pukul 2.15 pm camtu.  Lepas bersalam-salam ngan pakcik dan makcik aku (bapak & mak pengantin) kitorang pun pegilah mengisi perut yang memang lapar.  Sedap pulak pekena lauk kenduri kendara tengahari terik ni.  Menu nya pun bleh tahan menyelerakan.  Ada udang galah, ada ayam masak hitam, acar buah, kurma daging.  Bagi aku memang cedap la masakan nyer walapun catering & bukan masak sendiri.
Sementara makan, kitorang dihiburkan oleh pakcik aku yang kaki menyanyi....memang dia ajelah conquer acara menyanyi utk hari tu hahahahhaha :D sampai bini dia panggil pun, dia masih lagi melekat kat bawah khemah PA system tu.... Bagi aku kenduri kahwin ni seronok jugak, dapat aku jumpa sedara mara aku yang kadang tu sangat jarang dapat jumpa.  Macam cousin aku ramai yang dah beranak-pinak.  Masa ni jelah peluang untuk jumpa diorang semua.  Lepas ni ntah bila-bila lah sebab masing-masing busy dengan keluarga memasing.
.:: Kenduri Doa Selamat / Kesyukuran ::.
Untuk makluman kawan-kawan, majlis doa selamat dan kesyukuran ini saya buat untuk saudara mara yang terdekat dahulu... seandainya ada rezeki lebih nanti, insyallah, untuk kengkawan Qistina pula... :-> Manalah tau kan...nanti org kata tak jemput kengkawan pulak :->
.:: Finally we have moved to our own house ::.
Jomlah main beskal ngan saya.. :-D
Replies:
Azie - Ha'ah Azie ni ler baru nak merasa dok rumah sendiri.  House warming? permulaan ni ada la nak buat kenduri doa selamat sikit untuk sedara mara.
Utk kengkawan...insyallah kalau ada rezeki lebih, masa birthday Qistina nanti....
Mana de pandai deco azie.... tu biasa2 je tu heheh... meja makan? ha'ah la tu tmpt sama ngan Azie heheh. Kat situ mmg brgn nya cecantik belaka n unik
design nya....rege pun leh tahan....
Kitorang pindah rumah ni, mmg la pakai duit... tp idok le sampai kopak...semua pun within budget.... perancang ekonomi kan ada heheheh :D
Kay - Tima kasih Kay. Ha'ah dah selamat dah pindah.  Alhamdulillah merasa juga duduk rumah sendiri...puas dah pindah randah masa menyewa dulu....
masuk ni kali ke ketiga...dan inilah yang terakhir.... Tutup buku! Betui tu Qistina dok berlari sakan dlm rumah....hari tu, tau2 dia nak sampai tangga tingkat atas...
berderau jantung erin... nasib sempat kejar dia....
Syana - Tima kasih Syana. Insyallah Syana... ada rezeki tak kemana.... model 'kenit' tu penghias ruang hehehe
Erryne - Masa kekecik nih bebudak mmg tak baper nak sangat ditocangkan...Qistina yg dah besar panjang pun kadang camtu...
dia suka kalau rambut dia dilepaskan aje... ngan kinting2 nye tersalah habis.... konon2 dia kata dia nak buat tocang macam kakak nadia 'redahhh je!! ' hehehe
Tkpe Erryne, satu masa nanti Erryne pun akan duduk rumah sendiri juga....
Iza - Tq Iza... biasa2 je tu Iza... byk yg masih kosong.... belum berkesempatan nak menghias betul2 pun....Basic je sumer tu...
Lia a.k.a Ibu Mimie - Tq y Lia.... ni kat Taman Saujana Damai, Kajang.
Mama Afreena - Hahahha pandai la Mas ni... balik rumah asyik senyum eh hahahahha :D takdelah sampai camtu... cuma rasa mcm tak percaya je...heheh 'betui ke aku dah pindah rumah ni ahaks'. Mas tu pun pindah rumah dah kan....bila la dpt tgk rumah Mas..... confirm seindah hiasan ala-ala fotopages dia jugak....mmg cantik dan kreatif.
EvLensa - Tima kasih Vee..... insyallah kalau ada rezeki, masa nak buat b'day Qistina nanti....aku jemput ko...
Watie ~ Insyallah Watie  :->
Ninarizwina ~ Menambah ahli keluarga? hehehe :-> ha'ah ok yelah...hahahhaa LOL
Fillanie ~ Kak Filla...tq... :-> akak..dah tu...jgn nak berangan...pasni confirm akak plak...buat 'rumah panas' hehehe :->
Moon ~ Moon mana de Moon biasa2 je tu.... malu arr.... :-> mmg penat gak la pindah randah ni...tp cukuplah tu...tak larat dah hehe :-> tutup buku....(masuk ni dah 3 kali pindah) sebelum ni menyewa kan...bilik Qistina ada...tp x byk barang pun...menan dia jelah...katil pun blum ada...ha'ah nanti nak kena ajar dia tidur bilik sendiri... :-D  LOL itu pun kalau la dia nakkk
.:: Pak Ngah's Convocation ::.
Amin...
dalam byk2 gambar ni, aku sempat gak gi bergambar kat fakulti aku yg dulu...memang meninggalkan kenangan manis buat aku selamanya... pastu sempat gak aku bergambar kat Kolej Seroja
(hostel) aku dulu masa bergelar siswi  ;-)
.:: Camnilah aksi dia kalau kat rumah ::.
Elok2 je Auntie Ina dia sampai... terus dia meloncat sambil tersengih-sengih...sabor jelah anak aku tu... pantang sebut gi rumah nenek dia...laju aje....selalu ibu kena tinggal ngan dia... malam kang baru dia nak balik... try la amik petang...confirm melalak punya... LOL  LOL
.:: I am 2 years 9 months ! ::.
Semenjak dah nak dekat 3 tahun ni.....macam-macam dah perangai dia.  Adakala memeningkan kepala ayah dan ibunya...kadang tu buat kitorang gelak pulak dengan keletah dia tu bila sesekali dengar Qistina buat lawak hihihihihi....
setakat ni apa yang aku perhatikan, Qistina reti pakai baju dan seluar sendiri.  Kemain menjerit kalau orang nak buatkan...agak-agak tangan dia tak boleh masuk dalam t-shirt tu....sambil melalak-lalak tu baru dia cari ibu dia mintak tolong... seluar pun camtu, kena kita alihkan siap-siap...kalau tak, sambil nak buat sendiri tu sambil merungut lah jawabnya...
iklan kat tv tu pulak, tau aje dia....ntah masa bila dia dok menghafal ...sampaikan iklan "Mayfirst" kat Astro tu pun dia nak nyanyi...alahai Qistina ooii...(siap ngan jari telunjuk tunjuk lambang 'first; tu ahaahahahahahaha :D )
Makan pulak tak berapa nak sangat.... susut sikit badan dia sekarang nih...
Suka pakai beg sekolah (malam-malam pun) kengkonon dia nak gi sekolah la...habis semua orang dia cium tangan ala-ala nak pegi sekolah tu...layan kan jelah... kalau tak kang bising satu rumah....
Pandai menjawab.....cuba lah kalau tegur sikit perangai dia tu....siaplah mengamuk...sensitif gak tu...
Kuat merajuk.  Tapi lepas pujuk cepat je dia ok bailk.
Itu jelah setakat yang ibu ingat.... kalau terlintas lagi kat kepala ni kang.... ibu letak sini k..
.::Happy Mothers Day::.
Mama,
Tiada kata yang dapat ku ungkapkan melainkan ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga buat Mama kerana telah melahirkanku ke dunia ini. Terima kasih jua diatas sepenuh perhatian, kasih sayang yang diberi dan didikan yang sempurna untuk diri ini begitu jua buat adik-adik yang lain.
Tanpa Mama, maka sepilah dunia kami.  Tiada insan setanding Mama yang dapat mendengar segala luahan rasa dan isi hati andai diri diselubungi sendu.
Terlalu besar pengorbananmu Mama buat kami.....
Mana mungkin untuk kami membalasnya.....
Salam sayang buat Mama yang amat kami sayangi, Selamat Hari Ibu...... ikhlas dari anak-anakmu,
Ros Ezrina - Khairul Anwar - Khairul Azri - Ros Diyana
Teambuilding @ Kampung Kapal, Broga Negeri 9, 4-6 April 2008
Pada 4 - 6 April 2008 yang lepas, Finance department telah mengadakan sesi Teambuilding kat Kampung Kapal, Broga, Negeri Sembilan.  Macam-macam aktiviti lasak ala tentera yang kami kena lakukan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal.  Alhamdulillah aku berjaya juga melakukan kesemua Obstacles yang pihak penganjur aturkan dengan selamat dan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Teambuilding ini adalah yang kali kedua buat department kami, yang mana kali pertama dulu telah di adakan di Port Dickson, Pasir Panjang, Negeri Sembilan jugak.
Kali ni adalah dibawah kelolaan Excel Training & Consultancy milik Pengarah Urusannya YBhg Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.